Assalamualaikum
Hai..
ini
adalah pendapat aku bab2 makanan ni..agak dah basi jugak isu ni..tapi
aku nak buat note sikit kat diri aku ni...aku dah la jarang baca
suratkhabar (suka membaca tang gosip je...subhanAllah..)..makin hari aku
makin sedikit sensitif bab2 makanan ni sebab ada anak kecil kan..mesti
kita nak bagi yang berkhasiat untuk mereka..tambahan pulak...aku sering
jugak buat kek ke..biskut ke..pakai tepung gandumtentunya..nak
pulak..mak aku rajin pulak buat jemput udang (cucur udang) untuk abah
aku..dah la mereka makin tua..nanti makin cepat pulak dapat penyakit
bahaya...
sebenarnya ....terpulang pada diri kita sendiri yang kena pilihkan..dah duit kita yang kena keluar...bagi aku pulak...aku perlukan perubahan dalam corak pemakanan aku seharian sebab aku semakin berusia dan anak aku pulak semakin berkembang pembesarannya...yang pentig,kita puas ati dengan pilihan kita sendiri..ye dak...puas aku cari tepung ni...sessuadahnya di Carrefour/Giant yang ada jual..kat kedai2 kecil memang tak de jual..aku dah pi servey dah...harganya pulak bergantung pada kedai contohnya Carrefour RM2.15/1kg manakala Giant RM1.65/1kg (ni harga time aku pergi servey sebelum raya aritu...maybe dah berubah..harga barang kan berubah selalu..)... sekarang antara jenama lain yang kuarkan tepung gandum 'unbleach' ni antaranya Tepung Gandum Tahqiq “Unbleached”.
|
Tepung Gandum Tahqiq “Unbleached”
- 100% asli
- Tanpa bahan kimia (Benzoyl Peroxide, Bromate, Nitrate)
- Mengandungi sumber vitamin dan mineral semulajadi
- Amat baik untuk kesihatan | | |
memang warna die tak putih macam tepung gandum yang ada (benzoyl peroxide) BP tu...sebelum beli tu..boleh semak kat bahagian belakang bungkusan tepung tu..mesti ada tulis mengandungi BP atau tidak.. lagi 1 ada yang cakap macam mana nak tau roti yang pakai tepung gandum tanpa BP...yang pasti adalah Gardenia..memang kat plastik tu ada tulis..(maaf ye..aku bukan promote jenama tu..tapi yang aku tau..roti ni memang sedap dan lembut..boleh makan macam tu je..
|
tepung gandum tanpa peluntur - Bunga Cempaka |
|
|
|
ada tertera tulis "tepung gandum unbleached" |
ni ada info pasal tepung gandum ada peluntur tu..korang baca dan nilai sendiri la ye
Sumber #1: myMetro (18.02.2012)
Tepung gandum bahan peluntur
KUALA LUMPUR: Sesetengah jenama tepung gandum yang berada di pasaran
didakwa boleh membahayakan kesihatan pengguna kerana menggunakan bahan
peluntur selain dikhuatiri diperkaya dengan sumber nutrisi tidak halal.
Ini kerana syarikat pengimport tepung gandum dipercayai membeli
bekalan tepung terpakai dan lama disimpan sehingga warnanya bertukar
kehitaman atau kekuningan di pasaran antarabangsa sebelum menjual
kembali di Malaysia.
Bagi memutihkan kembali warna tepung
itu, bahan kimia seperti benzoyl peroxide, calcium peroxide, nitrogen
dioxide dan klorin digunakan sehingga menyebabkan semua nutrisi semula
jadi hilang dalam proses pemutihan terbabit.
Bagaimanapun, penetapan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tepung
gandum perlu mengandungi 13 peratus nutrisi menyebabkan syarikat
pengimport menambah dari sumber luar antaranya memperkayakan dengan
thiamin atau Vitamin B1.
Thiamin bersumberkan bijiran
mahal dan bagi menampung kos pengeluaran, syarikat pengimport dipercayai
menggunakan Vitamin B1 dari sumber babi yang lebih murah dan mudah
diperolehi bagi memperkayakan tepung gandum yang melalui proses
pemutihan. Mendedahkan perkara itu, Ketua Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat
tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang iaitu tepung
gandum tanpa peluntur (unbleached flour), tepung gandum berpeluntur
(bleached flour) dan tepung gandum diperkayakan (enriched flour).
“Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan
warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada
manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran
melalui proses pemutihan.
“Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses
pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada
dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang,” katanya
yang ditemui baru-baru ini.
Beliau berkata, kebiasaannya pengguna menggemari tepung gandum berwarna putih kerana mengaitkannya dengan bersih.
“Kajian kami mendapati bahan kimia ini yang diambil secara
berterusan melalui makanan menyebabkan barah selain penggalak kepada
penyakit kencing manis, arthritis dan gout.
“Selain itu,
kami juga bimbang nutrisi yang ditambah dalam tepung itu mungkin
bersumberkan babi kerana ia paling mudah dan murah didapati,” katanya.
Nadzim berkata, negara Kesatuan Eropah dan China sudah lama
mengharamkan penggunaan benzoyl peroxide dan klorin dalam tepung gandum
bagi menjaga kesihatan penduduk mereka.
“Selain daripada
meneliti bungkusan tepung gandum itu, ia boleh juga dibezakan melalui
warna tepung itu sendiri. Tepung yang tidak menggunakan peluntur
kelihatan agak keperangan manakala tepung berpeluntur sangat putih
disebabkan bahan kimia,” katanya.
Sumber #2 : myMetro (18.02.2012)
Kem. Kesihatan : Penggunaan benzoyl peroxide ikut aturan dibenar
KUALA LUMPUR: Penggunaan bahan kimia benzoyl peroxide dalam tepung
gandum sebagai kondisioner makanan memang dibenarkan di negara ini
tetapi tidak lebih daripada 50 miligram (mg)/kilogram (kg).
Pengarah Kanan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan,
Kementerian Kesihatan, Noraini Mohd Othman berkata, kajian yang
dijalankan Jawatankuasa Pakar mengenai Aditif (JECFA) di bawah
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Pertubuhan Makanan dan Pertanian
(FAO) ke atas benzoyl peroxide mendapati penggunaan bahan kimia itu
dalam makanan tidak mendatangkan kemudaratan.
“Benzoyl
peroxide bukan karsinogenik atau bahan yang boleh menyebabkan barah.
Laporan JECFA menyatakan semasa pemerosesan makanan, hampir keseluruhan
benzoyl peroxide akan ditukar kepada asid benzoik. “Pengambilan
tepung gandum yang dirawat dengan benzoyl peroxide hampir menyerupai
pengambilan makanan yang mengandungi asid benzoik iaitu sejenis bahan
pengawet yang dibenarkan dalam pelbagai makanan di bawah
Peraturan-peraturan Makanan (PPM) 1985. Ia juga tidak menyebabkan
barah,” katanya dalam kenyataan kepada Harian Metro.
Noraini berkata, berhubung penggunaan bahan kimia itu berisiko
mendatangkan kencing manis dan arthritis, pihaknya tiada sebarang
maklumat.
“Laporan JECFA menyatakan pengambilan benzoyl
peroxide boleh menyebabkan jangkitan pada kulit tetapi ia bukan akibat
pengambilan melalui makanan, sebaliknya kesan rawatan kulit,” katanya.
Katanya, selain Malaysia, Singapura dan Jepun yang membenarkan
penggunaan benzoyl peroxide dalam tepung gandum, Amerika Syarikat turut
membenarkan penggunaannya dalam tepung dan keju manakala Kod Standard
Pemakanan di Australia dan New Zealand membenarkan ia digunakan dalam
semua makanan.
Noraini berkata, PPM 1985 membenarkan
mana-mana tepung termasuk tepung gandum yang mengandungi benzoyl
peroxide pada kadar tidak lebih daripada 50 miligram/kilogram sebagai
kondisioner makanan yang dibenarkan.
"saya just nak share dan nak minta juga komen2 dari cgrian semua.
Baru-baru ni saya jupe seorang rakan yang kerja dengan sebuah company
dari Dubai yang eksport tepung gandum.
Dia cerita pada saya tentang sekarang ni kecoh pasal tepung gandum ada
bahan kimia...saya simpulkan dulu cite dia...katanya...tepung gandum
sebenarnya warna putih mcm vanila...bukan putih mcm tepung yang kita
biasa jumpa di market. Katanya tepung yang terhasil dan bewarna putih
vanila ni adalah tepung yang diproses dari biji gandum tu sendiri, tapi
di malaysia kebanyakkannya proses biji dan hampasnye sekali..so kalernye
mcm teh. So nak buang kaler teh ni, mereka kena bleach tepung ni guna
bahan kimia. Bahan tersebut ialah Benzoyl Peroxide. Apa tu?
Benzoyl Peroxide adalah :
· Bahan toksik
· Bahan penggalak tumor
· Boleh menyebabkan alahan pada kulit
· Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada sel badan.
· Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Bila dah letak bahan ni...zat2 kat tepung tu sume hilang. So kalau dah
hilang..camne? kenalah tambah balik zat tu guna benda lain. Difahamkan
zat hanya boleh diambil dari tumbuhan dan haiwan. Tapi yang mudah n
murah ialah dari haiwan yakni Bab*. Sebab tu serangga kurang suka pada
tepung putih ni sebab takde zat dah...dan padanlah ramai rakyat malaysia
ramai kena kanser...dan budak2 sekarang makin teruk perangai.
Difahamkan semua makanan yang berasaskan tepung mmg guna tepung ni. Dia
bagitau saya, syarikat dia dah masuk market dan supply tepung. Dari
Dubai. So antara brand yang pakai tepung asli ni dan bebas dari bahan
kimia dan bab* ialah Gardenia. dekat roti gardenia ada tulis "Tanpa
Trans Lemak". Ni contoh je. Bukan promote tau.
Ni sekadar info...saya pun tak tau boleh ke stop pakai tepung
ni...huhuhu...yang pasti bila beli tepung...tengok ada tak tulis BENZOYL
PEROXIDE atau BLEACH. So sesiapa ada info leh share. Mana tahu saya
salah. Sebab yg bg info ialah org yg ada dlm line ni dan dia suh share."
Bagaimana proses pemutihan tepung gandum berlaku?
Bila
kita bercakap secara teknikal, carotenoid pigment (Kuning) yang
terkandung dalam tepung yang dioksidise untuk mengeluarkan warna tepong
bertukar kepada warna putih. Sebenarnya oxcidition akan bertukar secara
semulajadi mengikut masa apabila tepung tersebut didedahkan atau
terdedah secara semulajadi yang memerlukan masa sekurang kurangnya
mengambil masa 14 hari untuk mendapatkan hasil atau bertukar pada ke
putih putihan (bukan putih melepak).
Namun
pada hari ini proses (Bleaching) telah diambil alih peranan proses
semulajadi dengan mengunakan cecair(chemical) agent pemutih.Proses
ini mempercepatkan masa sesingkat 1 jam sahaja berbanding proses secara
semulajadi untuk mencerahkan dan mematangkan tepung.Namun begitu ianya perlu dilabelkan sebagai tepong yang diBLEACH.
Bleach@agen
pemutih biasanya mengunakan : (Chlorine Gas) yang boleh menyebabkan
kematian atau (Benzoyl Peroxide) bahan atau chemical yang digunakan
dalam ubat jerawat. Ianya telah diharamkan pengunaan bahan kimia berikut
pada makanan sejak awal tahun 1900 lagi. Tetapi masih digunakan oleh
peniaga yg mementingkan keuntungan tanpa mengira ianya boleh
mendatangkan kemudharatan kesihatan serta mungkin boleh membawa maut.
Selain
itu, additive Chemical : Potassium Bromate, di gunakan untuk menambah
pertumbuhan ragi(yeast) dan pengebuan gluten dan ini amat bahaya kepada
kesihatan.
*diharap dapat memberi maklumat untuk anda semua..pilihan ada di tangan anda sendiri*
ikhlas dari hati,