Assalamuaikum
Hai..
agak terlewat jugak la mengajar Zara pakai kad imbas @ flashcard yang ada gambar...patutnye mula tunjukkan pada Zara masa umur bayi lagi kot..at least 3bulan macam tu dah boleh ajar...ni pun kebetulan jumpa flashcard Upin Ipin kat Petronas..ada 32 keping cuma RM6.90..Zara yang berminat..ingatkan beli die tak nak baca..rupanya die berminat nak membaca setiap helai flashcard tu...untuk 1st time baca...dari 32 keping kad tu..cuma 4 keping gambar yang die tak kenal..not bad jugak la kan.....umur 1tahun 7bulan (19bulan) time mula2 kenalkan pada Zara...
antara yang terkandung dalam flashcard Upin Ipin - RM6.90 (32 keping) |
tertlis kat belakang kotak ni "kad imbas mampu menjana pemikiran kreatif di kalangan anak2" |
Kad Imbas Upin & Ipin Mari Belajar |
*sorry video kurang jelas*
ni tengah baca flashcard Upin Ipin
umur : 1tahun 7bulan
(sepatutnyer semua dah kenal..tapi time rekod ni..die macam terkejut smp terlupa apa nak sebut agaknye)
hai mak2/mummy2/ibu2/bonda2 sekalian ..kat luar sana..memang kita patut pun ajar anak pakai flashcard ni sebab banyak manfaatnyer...cuba baca artikel Pa&Ma ni..
"Dr Glenn Doman pengasas Institute for the Achievement
of Human Potential memperkenalkan flashcard untuk mengajar anak membaca
dan mengenal gambar (dikenali sebagai cebisan intelek). Perkataan
flashcard atau kad imbasan adalah gabungan dua perkataan Inggeris iaitu
flash dan card. Perkataan atau gambar ditulis pada kad dan ditunjukkan
secara flash atau cepat; lebih kurang 1 kad 1 saat.
Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Pendekatan yang dimajukan ini adalah berdasarkan cara otak berfungsi; cara otak menerima maklumat dan respons terhadap maklumat. Otak menerima maklumat melalui pancaindera: mata, telinga, hidung, lidah serta kulit. Mata melihat objek dan menghantar maklumat kepada otak yang memahami apa yang dilihat. Telinga menerima maklumat dalam bentuk pendengaran untuk difahami otak. Begitulah seterusnya.
Pancaindera bertindak sebagai receiver atau penerima rangsangan atau maklumat. Ia dihantar ke otak, disimpan dan otak akan menghantar maklumat untuk tindakan. Ini cara mudah untuk menerangkan tentang bagaimana otak belajar dan mengawal segala tindakan kita.
Dr Glenn Doman mendapati bahawa apabila mengajar anak berdasarkan cara otak belajar atau menerima maklumat, pembelajaran menjadi lebih cepat dan efektif. Dr Glenn Doman juga mendapati bahawa anak kecil semuda 6 bulan boleh diajar apa sahaja jika ia bersesuaian dengan cara otak belajar dan jika ia diajar dalam suasana yang riang gembira.
Menggunakan flashcard atau kad imbasan juga selaras dengan kemampuan otak kanan. Malah ada yang berpendapat yang kad imbasan dapat meningkatkan konsentrasi, melatih daya ingatan, meningkatkan bahasa serta IQ anak. Sebenarnya yang penting penggunaan flash card atau kad imbasan adalah selari dengan cara otak anak belajar terutama otak kanan yang bersifat holistik ( menerima maklumat dengan menyeluruh). Otak anak pada enam tahun pertama bersifat seperti span dan dapat menerima rangsangan degan mudah. Harus juga diingatkan pendedahan awal kepada ilmu dengan cara yang menyeronokkan akan membina minat dan kecenderungan anak terhadap ilmu. Ia juga membina tapak untuk pembangunan seterusnya.
Meletakkan satu gambar pada satu kad dan melayangkannya di hadapan anak akan memastikan dia menerima rangsangan tersebut. Ini adalah kerana anak kecil mempunyai tumpuan yang rendah dan hanya dapat fokus pada satu imej pada satu masa. Sukar untuk memastikan sama ada anak memberi tumpuan kepada objek yang disebut ibu jika terdapat banyak objek lain walaupun ibu menunjuk ke arah objek tersebut.
Keduanya, anak kecil mudah belajar jika dia melihat sesuatu yang konkrit. Mereka belum cukup matang untuk menerima rangsangan atau maklumat atau arahan yang abstrak. Anak akan lebih memahami apa itu kucing jika kita tunjukkan dia gambar kucing(sesuatu yang konkrit)daripada kita hanya sekadar membuat bunyi atau menyebut perkataan “kucing”(tanpa mengetahui rupa bentuknya) atau memberi deskripsi apa itu kucing (abstrak).
Bila gambar diletakkan pada flashcard dan ditunjukkan kepada anak , dia akan mendapat dua bentuk rangsangan iaitu rangsangan penglihatan melalui gambar yang ditunjukkan dan rangsangan pendengaran melalui sebutan nama gambar tersebut.
Kenapa perlu ditunjuk secara flash atau cepat? Sekarang cuba bayangkan rumah anda. Berapa lama masa diambil untuk imej rumah terbayang di hadapan mata. Ramai yang akan mengatakan sekelip mata sahaja. Ini menunjukkan bahawa otak berfungsi secara cepat iaitu otak adalah mekanisme berkelajuan tinggi. Otak jika diibaratkan seperti komputer dapat menghasilkan semula gambaran rumah kita kerana ia sudah diberi input atau maklumat imej tentang rumah pada suatu masa dulu. Dengan itu, apa yang kita lakukan adalah bersesuaian dengan cara otak kita berfungsi. Lagipun, mata dan telinga hanya berfungsi seperti kamera dan perakam suara.
Bagaimana pula tentang saiz kad dan kualiti gambar? Adakah kerana anak itu masih kecil, mempunyai jari-jari kecil maka saiz kad juga harus kecil? Realitinya, jika gambarnya kecil dan kurang jelas anak yang kecil (contohnya anak yang berusia 6 bulan) tidak akan dapat melihatnya dengan jelas.
Jika gambar menunjukkan burung di atas dahan kayu, anak kecil semuda 6 bulan tidak akan mampu membezakan dahan dan burung. Ia menerima keseluruhan gambar, termasuk dahan sebagai burung. Sudah pasti jika anak ini sudah berumur 3 atau 4 atau 5 tahun, dia sudah dapat membuat perbezaan tersebut.
Kualiti Gambar
Kualiti gambar seharusnya menunjukkan imej sebenar objek yang disampaikan. Jika ianya seekor ayam, seharusnya ayam itu sama ada ilustrasi yang baik atau gambar foto yang sebenarnya. Ramai yang beranggapan bahawa kartun adalah lebih sesuai untuk kanak-kanak. Kartun bukanlah maklumat tepat tentang rupa bentuk ayam. Tetapi untuk anak yang sudah mengenal ayam, gambar kartun akan membina kreativiti anak.
Bagaimana pula dengan flashcard yang mempunyai gambar serta perkataannya sekali? Tidakkah ini menjimatkan masa dan tenaga kita mengajar dua perkara sekali gus? Seperti yang disebutkan sebelum ini anak hanya akan fokus pada satu benda pada satu masa serta kepada yang menarik sahaja.
Besar kemungkinan anak akan memberi tumpuan kepada gambar dan bukan perkataan. Lagipun, saiz perkataan mungkin terlalu kecil untuk sistem penglihatan anak yang masih belum matang.( Untuk memahami kepentingan saiz perkataan untuk anak belajar membaca , tunggukan artikel tentang bacaan di siri-siri akan datang.)
Apa yang berlaku dengan membekalkan maklumat melalui kad imbasan atau flashcard adalah sistem penglihatan dan pendengarannya akan dikembangkan malah kedua-dua otak kiri dan kanannya akan dibangunkan. Tidakkah dengan memberi terlampau banyak rangsangan kepada anak, otaknya akan “rosak” atau “terbakar’ atau mengalami “overstimulation”seperti yang didakwa sesetengah pihak? Tidakkah kita takut bahawa anak tidak dapat menikmati zaman kanak-kanaknya jika dia disogokkan dengan maklumat melalui flashcard sedangkan peringkat usianya (4 hingga 6 tahun) adalah peringkat bermain. Pada siri akan datang saya akan cuba mengupas persoalan ini dan berkongsi keseronokan mengajar anak dengan menggunakan flashcard atau kad imbasan."
*dah beli 2 set kad imbas ni sbeelum beli yang Upin & Ipin ni..agaknyer tak menarik minat Zara pun agaknye..mummy je syok sendiri...last2..yang pilihan Zara kali ni memang die suka..lain kali..kita kena beli ikut citarasa anak2 bukannya citarasa diri kita sendiri...pelajaran untuk diriku..tapi pening jugak ni..ABC tak nak kenal ni..maybe alat bantu mengajar mummy ni tak menarik la kot..*
nak yang terbaik untuk anak2..
No comments:
Post a Comment