Friday, 14 September 2012

Roti Telur Black Pepper

Salam..
kadang2 bangun pagi tak tau nak makan apa..bila duduk2 termenung tu..teringat 1 resepi roti telur yg dikongsikan dgn seorg cikgu time mummy sekolah darjah 1 Tekun di SKBS,Bukit Sekilau,Kuantan (1990)..nama cikgu tu Cikgu Wan Zuraida..cantik cikgu tu..putih gebu..& baik hati..nak sharekan resepi roti Cikgu Wan ni..

Resepi : Roti Telur Bawang Black Pepper (nama ni mummy yg bagi)

Rujukan : Cikgu Wan Zuraida

Bahan-bahan:- 
(untuk 2 org mkn..kalau jenis yg tak kuat mamam la)
-4 ulas bawang merah
-1 sudu teh lada hitam (ikut suka korang la..nak pedas..tambah la lagi ye)
-3 keping roti (mummy pakai Gardenia sbb roti ni lembut je..mmg dr dulu mmg pilih jenama ni)
-2 biji telur (saiz medium)
-secubit garam

Langkah demi langkah:-
1. Kupas kulit bawang, basuh lada hitam, telur & bawang...potong roti kecik2..ketepikan sebentar.



2. Tumbuk lada hitam kemudian baru tumbukan bawang, tak payah hancur sgt pun tak pe..mummy pakai lesung batu.

3. Dalam mangkuk lain, pecahkan telur dan masukkan bahan tumbukan td...tambah garam...kacau sebati..xpayah pukul terlalu kembang.


4. Dah sebati..masukkan roti yg telah didadu td tu..kacau sebati.


dah siap kacau sebati.
5. Panaskan kuali dan tambahkan sedikit marjerin.


6. Bila marjerin dah cair..masukkan bahan2 td yg dah sebati tu..kacau sampai masak ye..


7. Inilah hasilnya bila dah siap masak..sekejap je nak buatnyer utk sarapan ringkas utk ke pejabat atau pun untuk sarapan anak2 ke sekolah..Selamat mencuba.

sedap dimakan xkira siang atau malam.


LOL,
mummy bani

No comments:

Post a Comment