Tuesday, 18 September 2012

Semakin Tua Semakin Menjadi

Assalamualaikum
Hye everybody..

Cuba korang analisa apa yang dah aku buat harini...moga esok akan jadi lebih baik dari hari ini..
 

Situasi 1
macam hari2 biasa nak pergi kedai mesti bawak Zara..tapi harini tinggalkan Zara dengan babahnya kat rumah..sebab nak cepat..ada sepupu nak datang rumah untuk beraya..kena pergi kedai nak beli rempah sup..nak buat soto ayam..bahan2 lain dah beli dah semalam..cuma tetinggal rempah sup sahaja..so aku pergi SENDIRIAN..

Situasi2
start enjin kereta terus pecut ke kedai Eng Hong yang dekat dengan rumah..tak lah dekat sangat..adalah dalam 10minit sebab banyak sangat lampu isyaratnya...dalam kepala ni banyak sangat nak pikir...dalam masa yang sama tengah jerang ayam+air untuk buat stok ikan..tengok la..stok ikan pulak..stok ayam la wehh..dan juga tengah rebus ketupat nasi segera..

Situasi 3
ooopps..dah sampai kedai..parking penuh..kena tawaf dulu untuk cari parking..aku ni memang gelabah je kalau kerja tak setel lagi dan bertambah gelabah sebab masih banyak lagi yang tak siapnya..turun kereta terus masuk kedai cari apa yang patut..kejar sana...kejar sini..semua dah amik..dan terus ke kaunter untuk bayar...dah siap bayar..terus keluar kedai menuju ke kereta...dalam kepala ni takut Zara bising duduk dalam kereta lama2 dengan babahnya...

Situasi 4
sampai ke kereta..semakin gelabah dan rasa macam pelik...."mane pulak 2 beranak ni pergi..dah la ada banyak kerja nak disiapkan ni"...terus capai fon nak kol babahnye...tapi tak berangkat pulak..makin musykil..selalunya duduk dalam kereta sahaja...tapi ni kuar dari kereta pulak...laju je langkah kaki ni menuju ke tempat mainan sebelah kedai tu..takut2 ada kat sana...dari jauh tengok tak de la pulak.....

Situasi 5
aku duduk jap kat bahu jalan tepi kedai tu untuk relax kejap sebab aku ni semakin banyak pikir semakin pening...dan aku beristifar sekejap kot2 ada yang aku lupa kot...aku tarik nafas dalam2....sambil ingat balik situasi demi situasi....cuba korang tengok balik situasi 1 tadi tu....hmmmmmmm.......patutla  dieorg takde..sebab Zara & babah kat rumah rupanye....Ya Allah..kenyanyukan aku ni semakin lama semakin menjadi teruk..belum pun usia aku ni masuk 30tahun..tapi penangan pelupa aku ni semakin menjadi2...aku bangun menuju ke kereta sambil tersenyum2 sebab teringatkan pasal nyanyuk aku ni....

mesti korang pun ada yang nyanyuk macam aku jugak kan..aku perlu bertindak sesuatu untuk menangani masalah nyanyuk aku ni..jangan pulak aku ni terlupa yang aku ada anak sudahlah..masak jugak kalau begitu..banyak jugak yang aku lupa sebelum ni...kalau buat kek tu..perkara biasa pada aku kalau tertinggal esen vanila walaupun esen vanila tu duduk depan mata..kalau esen vanila tu boleh bercakap..mau pengsan 10jam aku dibuatnyer...sebab tu aku kena ada blog...sebab aku boleh rekodkan apa yang aku buat..diari pun ada jugak tapi kadang2 aku pun tak tau aku letak kat mane diari tu...aku perlukan supplement untuk penyakit
alzheimer aku ni..

majlis makan kecik2 aku tu berjaya la jugak dapat buat soto ayam+devil's chocolate cake....lepas penat memasak..aku perlukan rehat supaya aku tak lupa nak buat apa lagi..

ni gambar kek yang aku buat...1st time buat...nanti aku sharekan resepinyer..sangat sedap..bukan aku yang puji..semua yang datang puji..sampai ada yang datang keesokkan harinya untuk nak makan kek ni lagi...

devil's chocolate cake (bawah kek coklat,tengah cheese,atas sekali ganache dark choc) 



 ikhlas menceritakan,

No comments:

Post a Comment