Saturday, 22 September 2012

Bila Dah Ada Gigi..Kena Berus La..

Assalamualaikum
Hai..

betul kata pepatah..."Melentur buluh biarlah dari rebungnya.."..makna ikut kefahaman aku...kalau kita nak melatih anak biar daripada kecil..

ada beberapa perkara yang aku ajar anak aku ni sejak dari bayi lagi..sebab bagi aku..anak2 ni sangat istimewa kerana mereka akan membesar sebagaimana cara kita didik dia sejak dari awal lagi..

salah satunya adalah part gosok gigi...part ni memang aku ajar sejak anak aku tumbuh gigi..Zara dah start gosok gigi bila giginya dah mula tumbuh pada usia 6 bulan..tak de la mula2 kuar gigi terus pi gosok..yang ni aku guna kain lembut untuk cuci...Zara kalau tumbuh gigi secara berjemaah..akan kuar serentak atau hari ni kuar 1..kemudian kuar sebatang lagi..

gigi susu pertama - 04.04.2011

gigi kedua belah bawah - 05.05.2011

gigi atas yang ke 3 dan ke 4 tumbuh serentak - 28.06.2011

gigi ke 5 dan ke 6 serentak..tengok gigi atas tu..mula2 dulu jarang kan..ingatkan nak jadi AngelZara Jarang tadi..- 11.07.2011

dan seterusnya complete sampai usia 2 tahun...semuanya keluar serentak..bayangkan macam mana dia tahan kesakitan gusi untuk tumbuh gigi..tu yang asyik menggigit je..semua nak digigitnyer..

"benda ni nampak macam biskut oreo la mummy.." - Zara tengah syok gigit penutup kamera babah..merana gatal gusi (28.06.2011)

berbalik pada cerita gosok gigi..bila dah ada 2 batang gigi bahagian bawah tu barulah aku beli berus gigi dan ubat gigi khas untuk bayi...mula2 aku beli Kodomo Lion..tapi aku tak puas ati sebab kepala berus gigi macam besar dan bulu berus die keras sikit..pastu aku beli berus gigi dan ubat gigi Pureen..yang ni aku puas hati sebab memang lembut...aku pakai sampai die umur setahun...lagipun aku beli berus gigi terus 3 batang sebab beli dalam pek promosi..tak ingat harga berapa tapi tak la mahal sangat...lepas pada tu..gigi dah tambah banyak dan kelembutan berus gigi Pureen tak mampu lagi nak menghilangkan segala jenis barang terlarang kat gigi Zara ni..pastu barulah aku bertukar ke Kodomo Lion..yang ni pun aku beli yang ada pek promosi..ada sebatang berus gigi dan ubat giginya sekali..tapi harga tak sampai RM4 pun..


ni la hasilnya...

kena paksa buka mulut..doktor nak check.. (20.09.2012)

gigi bawah

ni nak tunjuk lubang idung ke sayang..

gigi atas depan tu memang besar..best kalau kena gigit..tengok gigi yang dulu jarang..sekarang dah tumbuh rapat...

kalau kita dah mula ajar dari kecik..nanti anak kita akan terbiasa dan menganggap semua tu perkara biasa sahaja..sekarang pun sebelum tido Zara mintak gosokkan giginya..baik jaga sekarang..kalau dah rosak..nanti lagi teruk..


*Zara ada 16 batang gigi susu genap usia 2 tahun*

mummy sayang Zara,

No comments:

Post a Comment